Mungkin ramai sudah tahu bila Seksyen 114A yang diluluskan secara tergesa-gesa mendapat tentangan hebat dari pihak awam terutamanya para pelayar internet.
Apa itu Seksyen 114A? Seksyen 114A adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda.
Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.
Untuk lebih lanjut sila layari laman Neutrona.
Kalau diamati secara teliti memang Seksyen 114A tidak akan membawa sebarang masalah kepada pengguna internet asalkan mereka tidak menyiarkan artikel atau gambar yang mengandungi unsur-unsur negatif.
Tapi kenapa pihak awam terutamanya para pengguna internet membantah perlaksanaan Seksyen 114a???
1. Seksyen 114A diluluskan secara tergesa-gesa tanpa meminta pandangan daripada mereka yang arif.
2. Seksyen 114A diluluskan oleh kerajaan BN tanpa kehadiran pihak pembangkang.
3. Seksyen 114A akan mengekang kebebasan akbar di internet.
4. Seksyen 114A secara tidak langsung boleh digunakan sebagai senjata untuk melindungi kelemahan salahlaku kerajaan dalam hal-hal penyelewengan dan salahguna kuasa terutama terhadap pemberi maklumat.
5. Dan yang lebih penting Seksyen 114A akan membuat para pemilik blog, akaun twitter dan facebook tidak senang duduk kerana sudah pasti suatu hari nanti mereka akan terkena tempias dari perlaksanaan Seksyen 114A.
Ini kisah tentang seseorang yang terpaksa berhadapan dengan undang-undang bila pihak berkuasa telah menjumpai mayat seseorang yang telah dibunuh didalam rumahnya. Tanpa alibi yang kukuh dengan rumahnya tiada kesan pencerobohan dari luar dia tidak dapat mempertahankan kebenaran dan akhirnya terpaksa menjalani hukuman gantung sampai mati.
Iktibar dari cerita di atas, kita sekarang di zaman siber bukan zaman 60an atau 70an. Pencuri boleh keluar masuk mencuri, membuka pintu yang dikunci tanpa disedari oleh pemilik rumah. Kalau tidak, tidak mungkin banyak motorsikal atau kereta kena curi sedangkan kunci dipegang oleh pemiliknya.
Jadi bagaimana kalau pengodam berjaya menggunakan akaun para pelayar internet dan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini? Apakah mereka-mereka akan dilindungi oleh undang-undang yang telah terlaksana? Atau mereka akan menjadi sebahagian dari cerita di atas, kalau begitu sungguh kesian dan perlaksanaan Seksyen 114a sudah tentunya harus mendapat tentangan dari seluruh rakyat Malaysia.
Setelah demontrasi maya 'Internet Blackout Day' atau Kempen Menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 pada 14 Ogos 2012 yang diasaskan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, PM telah mengarahkan kabinet supaya mengkaji semula seksyen tersebut dimana akta 1950 yang telah dipinda pada Jun 2012 baru-baru ini kerana dilihat seolah-olah menafikan hak rakyat untuk bersuara sejajar dengan corak pemerintahan negara iaitu demokrasi.
Seri tidak kisah apapun akta yang gomen luluskan kalau ia ada kepentingan serta boleh mengekang gegala maklumat palsu tersebar di internet. Tapi soal hackers ini harus di beri perhatian utama kerana ia boleh mengakibatkan pihak ketiga yang tidak tahu apa-apa terlibat dalam skandal mereka.