Bentuk bilis
Itulah wujudku
Siapa yang nak pandang aku
Kecil tak berharga
Adakah ini takdir?
Di alam ini
Aku sentiasa terpinggir
Kehadiranku
Tiada siapa yang memandang
Setiap gerak langkahku
Tiada yang peduli
Kesepian menjadi teman hidupku.
Tapi aku masih akur
Setiap kejadian ada hikmahnya
Allah maha adil
Si Bilis kecil ini...
Masih boleh berbangga
Masih boleh mendabik dada.
Wahai Si Jerung
Jangan alpa pada diri
Kelak sendiri akan merana
Bila Allah murka
Bencana datang silih berganti.
Tanpa Si Bilis
Siapalah kamu
Jangan hanya pandang ke atas
Ingat-ingatlah yang di bawah
Jangan akhirnya...
Kamu pulak mengejar Si Bilis
Bukan Si Bilis nak merayu
Bukan Si Bilis minta di simpati
Si Bilis masih punya harga diri
Tapi ingatlah...
Kemana arah tujumu
Bila Si Bilis tiada di sampingmu.
Kecil besar tiada bezanya
Hidup ini harus bermuafakat
Kerana kita saling memerlukan
Kenapa harus bertentang arah
Kan lebih elok berganding bahu
Menjayakan misi yang di amanahkan
Demi perpaduan dan silaturrahmi.
Khusus untukmu para bloger novice seluruh Nusantara. Kerana kamu senantiasa meramaikan dan menceriakan alam bloger ini.
Hasil Karya: Seri Bahasa
Pada: 28/10/2010
Jam: 01:18 pagi