xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Auto Blogwalking: Implikasi Terhadap Bloger

Kata orang janji harus ditepati. Mahu tak mahu Seri tak dapat elakkan dan harus menyambung masalah auto blogwalking yang Seri tulis minggu lalu. Dan kali ini agak terperinci sedikit agar para bloger terutama yang masih novice dapat memahami dengan lebih jelas.

Yang pertama Seri nak jawab disini soalan dari berapa bloger yang nak tahu bagaimana nak kesan bloger yang mengunakan kaedah auto blogwalking. Sebenarnya bukan niat Seri nak melakukan perkara ini cuma ia berlaku secara kebetulan.




Kalau pengunjung kita ramai di chatbox tapi jumlahnya kurang di counter pengunjung bererti ada pengunjung di blog kita yang mengamalkan teknik auto blogwalking. Kedua mana-mana blog yang memasang 2 chatbox seperti di blog Seri akan dapat mengesan dengan mudah. Ini kerana gadget auto blogwalking akan mengirim message yang sama kepada kedua-dua chatbox tersebut. Dan harus di ingat mereka yang mengunakan gadget auto ini tidak dapat menambah smiley di akhir message mereka.

Cara nak halang auto blogwalking? Sebenarnya C/Box dan Shoutmix mempunyai kelemahan dan kelemahan itu yang di manipulasi oleh pereka gadget auto blogwalking. Buat sementara waktu cuma ada satu cara itu pun kalau para bloger rajin mengamalkannya. Letakkan smiley disetiap akhir message. Tujuannya supaya orang tahu kita tidak menggunakan auto blogwalking. Kedua menukar kepada chatbox yang mengunakan captcha, cara ini dapat menghalang auto blogwalking dari mengirim message ke chatbox kita.

Sekarang Seri nak cerita tentang kebaikkannya pula. Tak ada sesiapa nak mereka sesuatu gadget dengan tujuan membawa kesan negatif terhadap penggunanya atau mereka-mereka yang menerima hasil dari penggunaan gadget tersebut. Dan Seri percaya gadget auto blogwalking jika digunakan secara positif dapat memberi pulangan yang baik kepada penggunanya.

Seri rasa tidak salah menggunakan gadget ini untuk mengirim message kepada bloger-bloger yang belum pernah berkunjung ke blog kita dengan tujuan untuk menambah/berkenalan dengan mereka. Yang tidak baiknya bila kita senantiasa menggunakan aplikasi ini untuk mengirim message terutama terhadap pengunjung yang ada di chatbox kita.

Jadi yang menentukan bukan sesiapa tapi diri kita sendiri. Ingatlah satu perkara, pada waktu mula-mula kita berblog. Apakah tujuan utama kita? Tak ada sesiapa nak buka blog kalau dialah pengunjung dialah pembacanya. Kalau begitu kan lebih baik tutup saja dari membazir waktu serta tenaga.

Kenapa kita pasang chatbox kemudian melakukan blogwalking. Tujuan utama kita pertama nak kenalkan blog kepada para bloger, kedua nak cari bloger supaya mereka berkunjung ke blog kita. Dan yang ketiga dan lebih utama menjalin persahabatan serta mengeratkan silaturrahim sesama bloger tak kiralah siapa mereka.

Jadi bila kita asyik gunakan aplikasi auto blogwalking untuk membalas kunjungan bloger yang datang ke blog kita maka maksud asal kita berblog telah lari dari landasan yang betul. Lambat laun kita tidak tahu perkembangan di sekeliling kita sebab kita tidak pernah melawat secara manual bloger yang datang keblog kita.

Memang betul apa yang di katakan oleh seorang pengomen di blog Seri, "Berblog ni biarlah ikhlas... umpama kita berkunjung ke rumah teman, bertanya khabar, bersalam-salaman dan sebagainya... kan lebih manis daripada setakat berpesan kepada kawan menyampaikan salam..."

Semoga penjelasan yang tak seberapa ini dapat membuka minda para bloger menuju ke arah berblogging yang lebih sihat serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak. Akhir sekali, jika ada kekurangan, terlebih bahasa Seri mohon ampun dan maaf. Segala komen yang membina untuk artikel ini amat Seri alu-alukan demi kepentingan semua bloger.

Share :

Facebook Twitter Google+