xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Penghianat Salur Dana Kepada Pengganas Sulu

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata buat masa ini polis tidak boleh mendedahkan butiran siasatan kerana ia adalah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.


"Tunggu sehingga siasatan kami (polis) selesai baru kami akan dedahkan. Kami akan cuba secepat mungkin untuk mengesan pihak itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau ruang pameran System Consultancy Services, di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar di Lahad Datu, berkata pihak keselamatan sedang mengesan tindakan mengkhianati negara termasuk golongan yang bersubahat dalam memberi dana kepada anggota pengganas sulu ke Pulau Jolo di Selatan Filipina.

Pulau Jolo  yang terletak 360 kilomiter dari Lahad Datu diketahui umum adalah pusat operasi puak Kiram dan ramai sanak  saudara Jamalul Kiram yang dakwa sebagai Sultan Sulu tinggal di situ. Pulau yang dihuni majoriti orang Islam itu juga terkenal sebagai sarang puak pemisah Selatan Filipina.

Pada sidang akhbar itu Khalid juga memberitahu dari jumlah 116 orang yang ditahan dibawah SOSMA kerana disyaki talibarut pengganas Sulu, seramai 42 orang sudah dibebaskan.

Sementara itu mengulas mengenai situasi semasa Operasi Daulat, Ismail berkata polis menghantar beberapa aset penting bagi memantapkan strategi pertahanan pasukan keselamatan terutama di Lahad Datu.

Polis menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk memantapkan beberapa perkara asas seperti keperluan logistik dan aset penting, katanya.



Share :

Facebook Twitter Google+ Lintasme

Related Post: