xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Kiram III Menawarkan Kedaulatan Sulu Kepada Indonesia

Setelah memohon bantuan dari US, PBB dan OIC kini Kiram III beralih arah pula kepada Indonesia untuk menyelesaikan masalah tuntutan ke atas Sabah.

Menurut laporan media Indonesia iaitu Merdeka.com, Ketua penceroboh di Sabah iaitu Kiram III mengaku telah memohon pertolongan dari Presiden Indonesia didalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga mempunyai hak keatas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo.

Menurut laporan portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Apa kuasa dan hak Kiram III  mahu menyerahkan kedaulatan negeri Sabah kepada Indonesia. Disini sudah jelas Kiram III seorang yang gila kuasa. Dia lupa sejarah atau tidak pernah belajar sejarah. Hampir 40 peratus rakyat Malaysia berasal-usul dari Indonesia dan ada yang masih mengekalkan tali-ikatan persaudaraan dengan masyarakat di Indonesia.

Ironiknya Sabah milik siapa?

Siapa kata Sabah milik nenek moyang kesultanan  sulu. Sejarah tertulis kesultanan brunei yang bertanggungjawab menyerahkan Sabah kepada kesultanan sulu.

Bererti pada waktu itu Sabah ialah tanah jajahan kesultanan sulu. Dari segi hak, penduduk pribumi Sabah melebihi segala-galanya ke atas tanah Sabah berbanding kesultanan sulu. Bila Sabah merdeka melalui Malaysia atas kehendak rakyatnya sendiri maka hak kesultanan  sulu keatas Sabah juga terhapus secara automatik.

Share :

Facebook Twitter Google+ Lintasme

Related Post: