xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 yang tidak lama lagi akan menjelang, seri mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pengunjung yang sudi bertandang ke blog Seri Bahasa serta kepada mereka-mereka yang sentiasa memberi semangat kepada seri untuk terus wujud di alam blogosphere.

Kepada mereka yang pulang berhari raya mengunakan kenderaan sendiri, pandulah dengan cermat. Ingat kepada mereka yang tersayang. Pandu cermat jiwa selamat. Elakkan tangisan di Hari Mulia.


 
Syawal akhirnya menjelma,
Setelah sebulan Ramadhan;
Kepada rakan-rakan semua,
Selamat Hari Raya saya ucapkan.
 
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman;
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
 
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya;
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
 
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang;
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
 
Demi semangat setiakawan,
Datang disambut tangan dihulurkan;
Adat insan dalam pergaulan,
Salah dan silap harap maafkan. 


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir Dan Bathin
Seri Bahasa

Share :

Facebook Twitter Google+