Nyiur gading puncak mahligai,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu puan.
Limau purut lebat di tangkai,
Selasih kembang dengan uratnya;
Hujan ribut dapat ditangkal,
Hati yang kasih apa ubatnya.
Tikus melata di sawah padi,
Makan padi makan tembikai;
Tulus ikhlas di dalam hati,
Rasa nak mati bertindih bangkai.
Burung terbang menari rotan,
Lalu hinggap di kayu jati;
Tujuh gunung tujuh lautan,
Belum dapat belum berhenti.
Anjing berloncat digaruk kucing,
Sayang selasih tepi telaga;
Tujuh lapis pintu terkancing,
Sebab kasih kubuka juga.
Sungai kelat pangkalan bali,
Ubur-ubur di hujung tanjung;
Siang terlihat malam bermimpi,
Badan yang mana sanggup menanggung.
Pelesit coraknya kelabu,
Nampak apa kelam-kelam;
Sakit sengsara kerana rindu,
Bagai nak mati sehari semalam.
Kelapa muda jatuh di lumpur,
Pohon serentang di pinggir kali;
Terlupa tuan semasa tidur,
Bila terjaga ingat kembali.
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu puan.
Limau purut lebat di tangkai,
Selasih kembang dengan uratnya;
Hujan ribut dapat ditangkal,
Hati yang kasih apa ubatnya.
Tikus melata di sawah padi,
Makan padi makan tembikai;
Tulus ikhlas di dalam hati,
Rasa nak mati bertindih bangkai.
Burung terbang menari rotan,
Lalu hinggap di kayu jati;
Tujuh gunung tujuh lautan,
Belum dapat belum berhenti.
Anjing berloncat digaruk kucing,
Sayang selasih tepi telaga;
Tujuh lapis pintu terkancing,
Sebab kasih kubuka juga.
Sungai kelat pangkalan bali,
Ubur-ubur di hujung tanjung;
Siang terlihat malam bermimpi,
Badan yang mana sanggup menanggung.
Pelesit coraknya kelabu,
Nampak apa kelam-kelam;
Sakit sengsara kerana rindu,
Bagai nak mati sehari semalam.
Kelapa muda jatuh di lumpur,
Pohon serentang di pinggir kali;
Terlupa tuan semasa tidur,
Bila terjaga ingat kembali.