xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Siapa Wali Ketika Akad Nikah

Kerap kita mendengar berita di keratan akhbar, wanita sukar berkahwin tanpa kehadiran wali (Ayah Kandung), sehingga kadang memaksa pihak perempuan memasang iklan.

Masalah yang sering timbul bila ibubapa bercerai dan tidak menetap di satu kawasan. Yang lebih menyukarkan untuk dijejak bila sibapa berhijrah jauh tanpa alamat dan tidak pernah menjenguk anaknya.

Kadang perkara ini menimbulkan banyak masalah di pejabat agama. Hendak selesaikan pun kadang mengambil waktu. Persoalannya wajarkah peraturan ini dikekalkan sedangkan soal siapa wajib menjadi wali telah ditetapkan mengikut Hukum Syara jika ketiadaan "Bapa Kandung".

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara:

01. Bapa Kandung
02. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
03. Adik Beradik Lelaki Seibu-Sebapa
04. Adik Beradik Lelaki Sebapa
05. Anak Saudara Lelaki Seibu-Sebapa
06. Anak Saudara Lelaki Sebapa
07. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-Sebapa
08. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
09. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa (Sepupu Lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu Lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim

Jangan Pandang Rendah Soal Siapa Jadi Wali?

Soalan: Si Polan berkahwin berwalikan "Saudara Lelaki Sebelah Bapa". Masalah timbul apabila Si Anu mempertikaikan wali perkahwinan, kerana pada sama Si Polan mempunyai "Saudara Lelaki Seibu Sebapa".

Jawapan: Perkahwinan Si Polan tidak sah. Dalam susunan wali hendaklah mengikut tertib di mana diambil wali akrab atau paling dekat dengan pengantin perempuan. Jika tiada, baru diambil dari susunan seterusnya. Si Polan tidak dikira berzina tetapi wajib akad semula dengan "Wali Yang Sah".

Share :

Facebook Twitter Google+