xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Kode CSS Yang Perlu Kita Ketahui

Sebelum seri melanjutkan siri Modifikasi Template, adalah lebih baik kita memahami dulu berapa dasar kode yang ada dalam Kode CSS Template. Ini kerana tutorial yang akan datang banyak berkaitan dengan berapa kode CSS yang akan seri terangkan di bawah.

Sila rujuk gambar di bawah untuk mengikuti tutorial selanjutnya mengenai Kode CSS. Kita mulakan tutorial ini dari bahagian luar.


Margin
Merupakan ukuran jarak bahagian luar sesudah Border. Lebih tepat Margin digunakan untuk menjarakkan antara dua komponen. Margin tidak mempunyai warna latar dan tranparen sepenuhnya.

Contoh margin serta cara penggunaannya;

margin-top:100px;
margin-bottom:100px;
margin-right:50px;
margin-left:50px;

Margin juga boleh ditulis dalam bentuk singkat;

margin:25px 50px 75px 100px;
margin atas ialah 25px
margin kanan ialah 50px
margin bawah ialah 75px
margin kiri ialah 100px

margin:25px 50px 75px;
margin atas ialah 25px
margin kanan dan kiri ialah 50px
margin bawah ialah 75px

margin:25px 50px;
margin atas dan bawah ialah 25px
margin kanan dan kiri ialah 50px

margin:25px;
keseluruhan margin ialah 25px

Border
Garisan atau sempadan yang terletak di sekitar padding dan konten. Kita boleh tentukan ketebalan sempadan serta jenis warna mengikut kesesuaian.

Contoh border;

border:2px solid #000000;
2px solid - 2px ialah nilai ketebalan border manakala solid ialah jenis border yang digunakan.
#000000 - Warna border

Jenis-Jenis Border Yang Sering Digunakan;

dashed, solid, double, groove, dotted

Padding
Padding menentukan jarak antara border dan bahagian dalam (konten). Ia dipengaruhi oleh warna latar konten.

Contoh padding serta cara penggunaannya;

padding-top:25px;
padding-bottom:25px;
padding-right:50px;
padding-left:50px;

Sama seperti margin, padding juga boleh ditulis dalam bentuk singkat;

padding:25px 50px 75px 100px;
padding atas ialah 25px
padding kanan ialah 50px
padding bawah ialah 75px
padding kiri ialah 100px

padding:25px 50px 75px;
padding atas ialah 25px
padding kanan dan kiri ialah 50px
padding bawah ialah 75px

padding:25px 50px;
padding atas dan bawah ialah 25px
padding kanan dan kiri ialah 50px

padding:25px;
keseluruhan padding ialah 25px

Content
Isi kotak, dimana teks atau gambar muncul.

Kepada para blogger, selamat belajar kerana modifikasi template amat penting agar kita tidak bergantung sepenuhnya kepada template-template yang banyak di internet.

Memodifikasi template sendiri mempunyai banyak kelebihan. Kita boleh membuat mengikut citarasa sendiri selain mengelakkan dari kode-kode yang tersembunyi jika kita mengunakan template dari internet.

Share :

Facebook Twitter Google+