Wahai anakda,
Buah hati ayah bonda.
Patutlah anakanda berumah tangga,
Patutlag sudah anakanda bersuami,
Sepanjang ada pertemuan,
Sepanjang ada yang mahu.
Menjadi isteri muliakan hati,
Taat setia kepada suami,
Jangan berbelah bagi.
Contohilah perangai ibumu...
Kurangkan anakanda meminta,
Banyakkan anakanda memberi,
Lebihkan timbang rasa,
Insya Allah suami anakanda akan lapang hati.
Apabila menilai tingkah laku suami,
Ingatlah pesan ayahanda...
Adat manusia tidak ada yang sempurna,
Ada lebih ada kurangnya,
Ada buruk ada baiknya.
Oleh itu...
Buruk suami jangan anakanda caci,
Kurang suami jangan dibenci,
Kelemahan suami jangan dicari-cari,
Kesabaran suami jangan diuji.
Ingatlah anakanda,
Sebagai perempuan,
Sesudah anakanda bersuami,
Martabat anakanda makin terpuji,
Anakanda menumpang tuah suami,
Kerana ada suami,
Anakanda bertambah murah rezeki.
Kalau anakanda hendakkan suami yang elok,
Jadilah isteri yang elok.
Tuah lelaki,
Mendapat isteri yang manis mukanya.
Tuah perempuan,
Mendapat suami yang teguh kasihnya.
Wahai anakanda intan pilian,
Tunaikan tugasmu jalankan kewajipan,
Tanggungjawabmu jangan lalikan,
Supaya rumah tanggamu diredhai Tuhan.
Buah hati ayah bonda.
Patutlah anakanda berumah tangga,
Patutlag sudah anakanda bersuami,
Sepanjang ada pertemuan,
Sepanjang ada yang mahu.
Menjadi isteri muliakan hati,
Taat setia kepada suami,
Jangan berbelah bagi.
Contohilah perangai ibumu...
Kurangkan anakanda meminta,
Banyakkan anakanda memberi,
Lebihkan timbang rasa,
Insya Allah suami anakanda akan lapang hati.
Apabila menilai tingkah laku suami,
Ingatlah pesan ayahanda...
Adat manusia tidak ada yang sempurna,
Ada lebih ada kurangnya,
Ada buruk ada baiknya.
Oleh itu...
Buruk suami jangan anakanda caci,
Kurang suami jangan dibenci,
Kelemahan suami jangan dicari-cari,
Kesabaran suami jangan diuji.
Ingatlah anakanda,
Sebagai perempuan,
Sesudah anakanda bersuami,
Martabat anakanda makin terpuji,
Anakanda menumpang tuah suami,
Kerana ada suami,
Anakanda bertambah murah rezeki.
Kalau anakanda hendakkan suami yang elok,
Jadilah isteri yang elok.
Tuah lelaki,
Mendapat isteri yang manis mukanya.
Tuah perempuan,
Mendapat suami yang teguh kasihnya.
Wahai anakanda intan pilian,
Tunaikan tugasmu jalankan kewajipan,
Tanggungjawabmu jangan lalikan,
Supaya rumah tanggamu diredhai Tuhan.