xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Gurindam Menyambut Menantu

Menyambut Menantu Lelaki

Kepada anakanda (sebut namanya),
Ayahanda dan bonda bertuah mendapat anakanda sebagai menantu.
Sekarang ayahanda dan bonda mendapat seorang lagi anak lelaki.
Dapatlah anakanda membantu ayahanda,
Sawah kita sudah lama terbiar,
Rumput dan menerung sudah tinggi,
Tikus dan ular sudah bersarang,
Kerbau kita sudah lama tidak membajak.

Ayahanda bonda sudah semakin tua,
Kehadiran anakanda sudah lama kami tungu-tunggu,
Selepas ini keluarga kita bertambah besar,
Bertambah ramai, bertambah meriah,
Dengan kehadiran anakanda,
Bertambah sedap nasi dimakan,
Bertambah manis air diminum.


Menyambut Menantu Perempuan

Kepada anakanda (sebut namanya),
Ayahanda dan bonda bertuah mendapat anakanda sebagai menantu.
Sekarang ayahanda dan bonda mendapat seorang lagi anak perempuan.
Dapatlah anakanda membantu bonda di dapur,
Mencuci kain di sungai,
Menyapu halaman,
Menyiram bunga di depan tangga.

Ayahanda bonda sudah semakin tua,
Kehadiran anakanda sudah lama kami tungu-tunggu,
Selepas ini keluarga kita bertambah besar,
Bertambah ramai, bertambah meriah,
Dengan kehadiran anakanda,
Bertambah sedap nasi dimakan,
Bertambah manis air diminum.

Share :

Facebook Twitter Google+