xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Modifikasi Blogger Template

Bagi seorang blogger, template yang baik serta SEO friendly adalah suatu kemestian. Untuk mendapatkan blogger template tidaklah sukar kerana ada beratus-ratus laman yang menyediakan khidmat secara percuma. Terpulang dari kita untuk memilih mana yang sesuai.


Tapi menjadi impian setiap blogger terutama mereka yang menggunakan blogspot sebagai medium untuk memiliki blogger template yang mempunyai ciri-ciri tersendiri sesuai dengan tajuk blog mereka.

Untuk memiliki template seperti itu sudah tentu sukar kerana kebanyakkan template yang dihasilkan adalah bersifat umum dan mengikut citarasa perekanya. Bagi mereka yang baru menceburi dunia blogging, tanpa pengetahuan asas sudah pasti tidak mampu mengubahsuai template yang sedia ada.

Di sini seri mengambil kesempatan dari pengalaman yang seri timba dari negara tetangga dan juga dari pengalaman seri sendiri mengubahsuai template untuk di kongsi bersama dengan blogger baru.

Mulai bulan depan seri akan membuat beberapa tutorial cara-cara mengubahsuai Blogger Template secara "step by step". Untuk tujuan ini ada berapa aplikasi yang harus dimiliki.

01. Template - Seri akan sediakan satu template. Template ini lengkap cuma seri ubah warnanya menjadi hitamputih agar senang diubah nanti.

02. Right Click Image - Aplikasi Untuk mengubah size gambar.

03. Easy Thumnails - Aplikasi Untuk mengubah size gambar.

Selain dari itu anda juga harus membuat satu blog khusus untuk tujuan pengubahsuaian template.

Kepada mereka-mereka yang berminat jangan lupa ikuti artikel-artikel selanjutnya cara-cara mengubahsuai Blogger Template mulai bulan April.

Share :

Facebook Twitter Google+