xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Jangan Curi Visitor Aku

Dah selesai isu auto blogwalking kini timbul pula isu curi trafik dari blog lain. Kali ini caranya tak sama. Mereka tak hantar message, tapi setiap visitor yang masuk ke Blog A, Blog B dan Blog C akan secara automatik memberi Visitor kepada mereka.


Salahkah cara ini? Untuk menjawap soalan ini terpaksa kita teliti dari pelbagai sudut. Kita tak boleh tuduh sesuka hati, sebab cara dia menggunakan kaedah itu akan kita pertikaikan nanti. Dia tidak hantar message ke chatterbox dan memaksa kita membalas message itu secara manual. Dan yang penting dia tidak pernah pun tahu siapa dan blog mana yang masok ke blog dia.

Cara mereka mendapatkan trafik dari Blog A, Blog B dan Blog C ialah dengan bertukar kode link atau kode banner yang diselitkan kode iframe. Hendak tahu selanjutnya tentang kode tersebut sila ke SINI.

Kalau mereka secara sengaja memasang kode iframe ketika bertukar link atau link banner dengan Blog A, Blog B dan Blog C tanpa pengetahuan pemilik ketiga-tiga blog tersebut maka secara jujur seri katakan itu adalah salah.

Jika ada persetujuan dari kedua belah pihak tapi mereka tidak memasang iframe ketiga-tiga blog tersebut di blog mereka sudah tentu perbuatan ini tidak adil. Ini kerana trafik hanya masuk sehala dari ketiga-tiga blog tersebut ke blog mereka.

Jadi kalau hendakkan trafik melalui kaedah iframe ini mestilah ada persetujuan dari kedua belah pihak dan yang lebih penting ialah kejujuran.

Tapi kalau dia ada 5 - 6 blog atau lebih dan pasang iframe tersebut di setiap blog untuk menjana trafik ke blog utama dia, kita tak boleh salahkan dia sebab dia tak menipu sesiapa.

Apa yang kita boleh pertikaikan ialah kredibiliti blog tersebut yang mengunakan kode iframe untuk menjana trafik. Ini kerana blog tersebut tidak mempamirkan prestasi sebenar sebab bergantung kepada blog lain untuk meningkatkan trafik.

Sebagai contoh lihat Histat blog seri sebelah kiri bawah dan jejak rakan dunia kolom bawah. Untuk membuktikan bahawa iframe ini betul-betul berfungsi seperti yang mereka dakwa, seri pasang kod iframe di salah sebuah blog seri pagi tadi.


Selama ini blog Seri Bahasa tak pernah mendapat Unik Visitor melebihi 350 sehari. Dan cuba perhatikan berapa orang yang online dalam sesuatu waktu.

Kodnya tak panjang, kalau teman-teman ada banyak blog nak cuba kaedah ini silakan, tapi kalau ada apa-apa risiko seri tak akan bertanggungjawap.

<iframe height="0" src="http://www.seribahasa.com/"width= "0">

PERHATIAN: Kod ini tak akan berfungsi kalau tak dipasang diblog, kecuali kalau ada hacker masuk ke blog kita dan memasang secara manual atau template blog yang dipasang kode iframe menggunakan kode rahsia.

Share :

Facebook Twitter Google+