xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Di Mana Etika Anda Sebagai Blogger

Isu yang agak panas tengah di perkatakan minggu ini. Tentang message yang ada di chatbox tetapi blogger yang berkenaan tak pernah datang secara peribadi.

Dan yang lebih mengemparkan, pendedahan oleh Sdra. Suhaiweet, salah seorang blogger yang terlibat dalam isu ini. Selain dari 17 blogger yang didedahkan oleh Pendekar Berkuda, ada lebih 700 blogger menggunakan kaedah auto blogwalking dan spamblog.

Kepada Sdra. Suhaisweet, seri minta maaf dan kepada mana-mana blogger yang terlibat tiada niat dihati untuk bersikap prejudis. Nama Sdra. Suhaisweet seri paparkan disini kerana beliau secara peribadi telah mengaku mengunakan aplikasi autoblogwalking. Sila rujuk DISINI untuk keterangan lanjut.

Katakan Tidak Kepada Auto Blogwlking

Mungkin ada bogger yang masih ingat artikel seri, Auto Blogwalking Implikasi Terhadap Blogger. Tapi pada waktu itu tidak ramai yang memberi perhatian. Mungkin pada waktu itu masih diperingkat permulaan dan kesan dari penggunaan auto blogwalk masih ditahap minimal.

Untuk menghapus kegiatan ini 100 peratus memang sukar. Tapi sekurang-kurangnya kita sudah tahu ramai yang tidak bersetuju dengan pengunaan aplikasi auto blogwalking dan spamblog sebagai medium menghantar message ke kotak jerit.

Apa yang ingin seri persoalkan disini, adakah berbaloi menggunakan kaedah-kaedah seperti ini untuk jangka panjang?

Tujuan kita berblog sebenarnya untuk apa? Adakah untuk menjana pendapatan atau untuk tujuan berkongsi pendapat, mencari ilmu melalui bolgging selain menambah kawan.

Sebenarnya tidak salah kita berblogging disamping menjana pendapatan. Ramai blogger-blogger senior yang berjaya dalam bidang ini. Tapi bila kita berblogging semata-mata berkiblatkan trafik dan menjana pendapatan dari iklan sudah tentu sebaliknya akan berlaku.

Yang silapnya ialah menjana trafik dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu, sudah pasti matlamat kedua tidak akan tercapai. Seri rasa tiada seorang blogger yang ingin diperlakukan sedemikian rupa. Menggunakan auto blogwalk dan spamblog untuk mengirim message ke chatbox.

Sebagai blogger lama (senior) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan tauladan yang baik agar boleh menjadi ikutan untuk generasi yang akan datang. Bukan mengajar sesuatu yang boleh membawa sikap buruk menular kepada blogger baru.

Apa yang seri harap mereka-mereka yang terlibat dapat menghentikan kegiatan ini. Lambat laun jika ia berterusan akan memberi implikasi negatif. Apa yang perlu kita fikirkan ialah masa depan kewibawaan blogger Malaysia. Apa tanggapan blogger dari luar negara jika situasi ini terus berleluasa?

Sudah sampai waktunya kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Perkara yang lalu kita lupakan, mulakan tahun 2011 ini dengan semangat kejiranan.

Kepada para blogger yang lain, seri harap jangan membelakangkan blogger yang telah membuat khilaf. Menghukum mereka tanpa memberi peluang kedua adalah suatu kesilapan. Mereka juga adalah sebahagian dari kita di dunia blogosphere ini.

Ingatlah ini hari mereka, hari kita belum tentu lagi. Waktu masih panjang, ibarat bumi ada waktunya terang, ada waktunya gelap. Memberi kemaafan kepada mereka yang membuat khilaf adalah sebaik-baiknya buat mereka. Semoga ada kesedaran pada diri mereka.

Share :

Facebook Twitter Google+