xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

3 Kesilapan Asas Yang Di Lakukan Oleh Seorang Blogger

Adalah suatu kebiasaan jika seseorang melakukan kesilapan, terutama blogger baru dan tak kurang mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogosphere. Tiada siapa yang di lahirkan sempurna dan kesilapan adalah suatu lumrah dalam kehidupan kita.

Tetapi ingin belajar dari kesilapan adalah lebih baik dari tidak ingin mengambil tahu tentang apa yang telah terjadi. Tidak kira bloger lama atau baru sikap positif harus di tanam

1. Copy-Paste Arikel

Ramai blogger, kebanyakan dari mereka memulakan perjalanan di blogosphere dengan kandungan yang di cedok dari sumber lain. Tanpa pengalaman serta pengetahuan mungkin ini jalan pintas. Tidak terkecuali seri pun ada melakukannya.

Secara peribadi Seri mengambil waktu 2-3 bulan untuk memahami selok-belok cara-cara blogging. Dari cara posting artikel, menukar template dan sedikit mengenai kod HTML. Menukar template dan pengetahuan serba sedikit dalam kod HTML amat penting dalam kehidupan seorang blogger.

Berbalik kepada tajuk asal, copy-paste harus di ingat tidak banyak memberi manfaat kepada blog seseorang, terutama dari segi pengunjung dari Goggle Search atau Search Engine yang lain. Harus di ingat Goggle terlalu bijak untuk di manupilasi oleh mana-mana blogger.

Nasihat seri, postlah artikel yang tulen walau tak seberapa kerana ia lebih baik pada pandangan Goggle berbanding artikel copy-paste. Jika ada artikel yang hendak di post secara copy-paste, maka tajuk utama artikel serta isi kandungan harus di ubah. Dan jangan lupa sertakan sekali penulis asal artikel tersebut.

2. Tidak Memback-Up Blog Post

Nampak tajuk ini tidak begitu menarik. Kenapa harus kita memback-up blog post dan apa kepentingannya dalam dunia blogosphere?

Siapa tidak kenal dengan Chedet @ Tun Mahathir Mohammad. Dulu Tun ada sebuah blog yang di hostkan di blogspot. Apa yang terjadi kepada blog tersebut? Setelah mencecah 1 juta pengunjung, secara tiba-tiba blog tersebut terhapus dari blogspot.

Apa yang Seri ingin tekankan disini, setiap artikel yang telah di post mestilah di back-up menggunakan wordpad atau text dokumen dan simpan di tempat yang selamat.

Jika suatu hari nanti Goggle menamatkan Akaun Blogger secara tiba-tiba, kita masih boleh mempost semula semua artikel samada di Blogger blog atau Wordpress blog.

Jadi jangan tunggu sehingga blog kita terhapus dari blogspot, mulakan memback-up post-post anda.

3. Menggunakan Goggle ID Bukan Alamat URL Blog Di Blog Comment

Satu lagi kesilapan yang sering di lakukan oleh blogger baru, menggunakan Goggle ID ketika membuat komen diblog-blog yang di lawati. Sepatutnya kita harus menggunakan Alamat URL Blog kerana ia akan melink kembali ke blog kita. Jangan di pandang rendah perkara ini kerana prestasi blog juga di pengaruhi faktor ini terutama pagerank.

Blogger baru sering menggunakan Blogger ID kerana bila kita log-in di akaun Blogger, Goggle ID akan keluar sebagai pilihan pertama dan kita tak perlu menulis nama serta alamat URL blog ketika membuat komen.

Kita memerlukan linkback ke blog kita melalui blog lain, jadi jika Goggle ID di gunakan bukan Alamat URL Blog, ia akan menuju ke Blogger Profile bukan ke blog kita. Ini adalah satu pekerjaan yang amat merugikan terutama jika blog yang kita komen adalah sebuah blog yang do-follow.

Nasihat seri amalkan menggunakan Alamat URL Blog ketika membuat komen kerana ia samasekali tidak merugikan.

Seri harap 3 perkara asas ini dapat sedikit banyak membantu para blogger baru memperbaiki prestasi mereka untuk masa hadapan yang lebih cemerlang.

Share :

Facebook Twitter Google+