Award ini seri terima pada bulan Oktober lalu. Nasib seri dua orang bagi award yang serupa. Jadi dua-dua seri terima cuma postingnya guna satu award. Cadang nak post dulu tapi agak kesuntukan masa jadi awal bulan Disember ini baru post. Pada mereka ini, MyZul dan Ms Nury seri ucapkan terimakasih.
Blogg Pink Award
Ini yang agak pelik sikit. Sepatutnya award ini untuk blog yang berwarna pink. Tak tahu kenapa boleh tersesat masuk ketempat seri, blog warna hijau yang memang warna kegemaran seri. Jadi tak dapat seri nak jawab berapa soalan yang telah di ajukkan mengenai warna pink.
Bagi seri setiap pemberian akan seri terima dengan penuh keikhlasan. Terimakasih seri buat Official Blog di atas pemberian award ini.
Traveller Bogger Award
Yang ini pula baru pagi tadi seri terima dari A Litle Journey To Share. Tapi kerana signal streamyx asyik down, tengah malam baru dapat ambil.
Ada soalan pula nak jawab, tapi nasib tak banyak cuma 2 jadi seri kira okeylah tu.
Soalan 1:
Dalam banyak-banyak tempat didunia nie, kat manakah tempat yang ingin anda pergi?
Jawapan:
Ingin kembali ke tempat-tempat di mana sewaktu seri masih kecil tinggal dulu.
Soalan 2:
Apakah benda yang anda impikan dan ingin anda dapat dalam hidup anda?
Jawapan:
Tiada yang lebih baik dari mempunyai sebuah keluarga bahagia.
Akhirnya selamat sudah tugas seri dalam menjalankan misi yang telah diamanahkan kepada seri.