Seperti yang telah Seri janjikan bulan lalu, hari ini Seri buat satu posting mengenai cara mudah untuk mendapatkan pagerank. Semoga pengalaman blogging di negara tetangga dapat Seri kongsi bersama agar boleh memberi manfaat kepada bloger baru samada di Malaysia atau Indonesia.
Pada pendapat Seri mungkin sekitar 90% bloger tahu apa itu PageRank (PR) dan kepentingannya kepada blog seseorang bloger. Jadi tak payahlah Seri nak ceritakan secara terperinci mengenainya. Secara amnya lagi tinggi PageRank sesebuah blog maka setiap artikel yang di post akan tampil di kedudukan yang baik di Search Engine. Dengan cara ini akan memberi lebih peluang dilawati oleh para pengunjung melalui searh engine.
Sebenarnya teknik ini Seri pelajari sewaktu mengembara di negara tetangga Indonesia dan selebihnya dari pengalaman sendiri. Teknik ini terbukti berkesan setelah Seri membuat ujikaji terhadap berapa blog Seri yang lain. Dari 3 blog yang Seri buat semuanya mendapat PR 3 dalam masa 3 bulan, tapi yang satu kerana tak berapa Seri urus kerana kesibukkan waktu sekarang PRnya balik kosong.
Untuk tahun 2010 ini mungkin agak lambat mendapat keputusan kerana Goggle mengupdate blog 4 bulan sekali berbanding tahun sebelumnya sekitar 2-3 bulan sekali. Disini Seri senaraikan cara-caranya mengikut susunan:
01 - Buatlah 10 atau lebih posting setiap bulan selama 3 bulan berturut (Ini bagi blog yang baru di bina). Selepas itu jangan kurangkan dari 5 posting setiap bulan.
02 - Yang kedua ini amat penting dan jangan sesekali diabaikan. Setiap kali selesai membuat posting harus melakukan ping. Untuk melakukan ping gunakan Total Ping, ia amat mudah dan berkesan sekali. Tapi jangan lupa daftar dulu mengikut url blog dan pasang banner Total Ping.
03 - Daftarlah blog ke search engine utama Goggle, MSN(Bing) dan Yahoo.
04 - Lakukan link check setiap sebulan sekali dengan mendaftar ke Link Tiger. Ini untuk memastikan tiada deadlink diblog. Goggle tak suka pada deadlink dan blog yang mengandungi banyak deadlink selalu di penalty oleh Goggle.
05 - Kepada mereka yang mempunyai banyak backlink kerana bertukar link dengan teman-teman disarankan memeriksa link-link tersebut sebulan sekali di SINI. Ini menjimatkan masa daripada kita nak pergi ke setiap blog untuk memeriksa kalau ada link kita di tempat mereka.
06 - Submit blog ke Search Engine setiap sebulan sekali mengunakan;
a) Free Web Submission
b) Submit Express
07 – Daftarlah blog ke 2-3 forum untuk mendapatkan backlink percuma.
08 - Tukar meta-tag title blog kepada yang SEO friendly.
09 - Pasang meta-tag diblog berdasarkan tajuk dan isi kandungan blog. Untuk tujuan ini boleh gunakan Submit Express klik Meta Tags Generator.
10 - Kepada bloger yang sudah senior boleh juga mengunakan kaedah blog HANTU tapi haruslah berhati-hati kerana kalau di kesan oleh Goggle boleh mengakibatkan kesan buruk kepada blog utama. Oleh itu kepada bloger yang baru, kaedah ini Seri tak sarankan samasekali.
Semoga saranan Seri yang tak seberapa ini dapat membantu para bloger untuk memperolehi PageRank yang lebih baik untuk blog mereka. Ini kerana selama 4 bulan Seri melakukan blogwalking di negara sendiri, rata-rata Seri dapati PR mereka di bawah paras jika dibandingkan bloger dari Indonesia. Apa penyebabnya Seri kurang arif, mungkin kurang pendedahan akan pentingnya PR atau kurang faham cara-cara untuk menaikkan PR.
Selamat Berjaya