xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Link Exchange - Pro Dan Kontra



Sebut saja pasal link xchange ini pasti semua para bloger sudah tahu. Siapa yang tidak mahu backlink yang berkualiti tinggi. Tapi masalahnya, cara untuk memperolehinya agak sukar. Terdapat 2 cara utama mendapatkan backlink, pertama dengan bertukarlink/baner dan kedua memberi komen di blog yang do-follow. Di sini Seri hanya membahaskan kaedah pertama.

Istilah bertukar link lebih bermaksud atau merujuk pertukaran url blog di antara Blog A dan Blog B. Sedangkan baner ialah url blog yang mengandungi image baner sesebuah blog. Mungkin ramai bloger yang masih menganggap pertukaran link atau baner adalah satu perkara biasa hingga mengabaikan kesan sampingan dari pertukaran link tersebut.

Cara amalan yang tidak betul yang sering di praktikan oleh para bloger kadang menimbulkan masalah kepada pemberi link. Mungkin ramai bloger tidak sedar terutama mereka yang baru terjun di alam bloger ini.

Memang tidak dapat dinafikan pertukaran link/baner adalah cara mudah untuk memperbaiki prestasi sesebuah blog itu. Tapi bila pertukaran link ini di salah gunakan atau di manipulasi oleh mereka-mereka yang telah arif dalam dunia bloger atau mungkin secara tidak sedar mereka tidak tahu, akibatnya sudah tentu parah bagi sebelah pihak.

Ini sebagai contoh yang pernah Seri sendiri alamai sewaktu mula-mula bloging dulu. Dulu Seri tidak kisah soal pertukaran link atau baner, sesiapa saja yang menawarkan pasti Seri terima. Satu hari ketika menerima tawaran bertukar link, Seri dapati bloger ini mengunakan Mister Linky sebagai mediumnya. Hairan akan caranya, Seri bertanyakan kepada seorang Bloger Senior, jawapannya cukup amat mengejutkan dan Seri tak sangka sama sekali.

Tidak puas hati dengan jawapannya, Seri mengunakan kaedah lain untuk menguji jawapan yang di beri. Dari 5 url yang Seri uji ternyata semuanya tidak memback-link kepada Si Pemberi link. Tapi kerana tidak tahu akan risikonya dan bagi menghargai semangat setiakawan dalam dunia bloger, Seri tetap bertukar link dengannya.

Kepada semua bloger baru harus difahami, bahawa link url blog yang tidak membacklink di kira sebagai deadlink (link mati) oleh Goggle. Sudah tentu para bloger tahu akan akibat kalau blog kita mempunyai banyak deadlink.

Inilah yang terjadi kepada blog Seri. Blog Seri yang PR2 tiba-tiba menjadi PR0 dan semua GBL dan GIP hilang. Waktu itu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Langkah pertama terpaksa Seri tukar template baru, tunggu seminggu juga tiada perubahan.

Akhirnya Seri dapat jawapan di internet, deadlink yang terlalu banyak akan membuat prestasi blog merosot. Setelah diperiksa semua link exchange Seri dapati memang tidak kurang dari 90 dead link ( url yang tidak membacklink).

Walau berat rasa di hati namun terpaksa Seri buang semua link-link tersebut. Hasilnya dua minggu lepas itu prestasi blog Seri kembali pulih.

3 Jenis Xchange Link Yang Tidak Memberi Backlink

01 - Mengunakan Mister Lingky Link Exchange sebagai medium.
02 - Menyimpan Link atau Blogroll di halaman kedua atau lebih jelas dalam bentuk Posting.
03 - Mengunakan Blog Hantu. Dalam erti kata lain menyimpan semua link diblog berasingan selain dari blog asal.

Sesiapa yang telah bertukar link kepada bloger yang mengunakan 3 cara diatas boleh menguji akan kebenaran kata-kata Seri mengunakan Reciprocal Link Checker.

Di sini kita boleh mengambil kesimpulan, kesan utama akan di tanggung oleh pemberi link yang mengunakan cara konvensional atau jika kedua belah pihak mengunakan kaedah yang sama maka jelas tujuan utama bertukar link untuk mendapat backlink tidak akan membawa apa-apa makna.

Diharap penjelasan yang tak seberapa dari Seri ini akan dapat membantu para bloger yang baru terjun di dunia alam maya ini.

Share :

Facebook Twitter Google+ Lintasme

Related Post: