xtreme fat loss diet download xtreme fat loss diet recipes xtreme fat loss diet results xtreme fat loss diet program xtreme fat loss diet free

Landing Page

Landing Page

Kurik Kundi Merah Saga ( Kasih Sayang/Cinta H )

Kategori Kasih Sayang/Cinta (H)


Habis benang buah belimbing,
Dari sepungpung masak sebiji;
Darilah mana baju kuning,
Di kampung kamek payah cari.

Hai mana si pisang jantung,
Akan dimasak santan kelapa;
Kalau saya mati bergantung,
Kerana tuan tidak mengapa.

Haji Daik duduk di pintu,
Dagu ditumpang menggigit jari;
Memang pahit hidup dimadu,
Biar bujang seorang diri.

Haji-haji berbaju jubah,
Sembahyang dalam perahu;
Tuan berjanji tidak berubah,
Bulan di atas dimakan Rahu.

Halia dibungkus dengan kain,
Hendak dibubuh dalam raga;
Boleh saya cari yang lain,
Tapi tak dapat seperti dia.

Hampir-hampir diserang penyengat,
Dari jauh ke puncak putih;
Jikalau kasih katakan niat,
Sudah berkawan mana kekasih.

Hancur-hancur daun keladi,
Buat makanan di waktu pagi;
Hendak dikesal tak guna lagi,
Carilah lain sebagai ganti.

Hancurlah rakit dari hulu,
Singgah ke lubuk kailku kena;
Alang-alang sakit menahan rindu,
Biar duduk biar mengena.

Hanyut pinang dari hulu,
Pinang berisi madu lebah;
Bila terkenang zaman dahulu,
Rindu sekarang menggigit lidah.

Hanyut rakit berkajang kain,
Mana teluk saya bersila;
Sakit badan bercerai main,
Mana duduk saya bercinta.

Hanyut rakit dahan rembia,
Terdampar di pantai dimakan buaya;
Hitam sedikit tidak mengapa,
Asallah boleh membawa kerja.

Hanyut rakit dari hulu,
Mati pelanduk ditanduk rusa;
Alangkah sakit menanggung rindu,
Orang tidak menimbang rasa.

Hanyut rakit dari seberang,
Putus tali mari bergalah;
Sungguh sakit bercinta seorang,
Ibarat bertepuk tangan sebelah.

Hanyut-hanyut makan belunut,
Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
Anak dara di Palimbayan.

Harap kami ke pasar sayur,
Kelebihan diri apalah dia;
Abang rindu saya tak tidur,
Kasih rindu saya tak rela.

Harap sungguh makan dijerat,
Makan di upih kerabu jantung;
Harap saya dunia dan akhirat,
Ingatkan boleh tempat bergantung.

Harap-harap kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali;
Harap ke mari kepada tuan,
Tuan nak tolak ke mana lagi.

Harap-harap kelapa puan,
Sudah puan kelapa Bali;
Sudah harap kepada tuan,
Sudah tuan siapa lagi.

Harap-harap makan dijerat,
Ubi dimakan kerbau jantung;
Harap saya terlampau berat,
Di manakah tempat hamba bergantung.

Hari Ahad malam minggu,
Sayang encik Syawal menganyamlah pagar;
Sudah tersurat ke perut ibu,
Berjanji awal tidak bertukar.

Hari Ahad minggu Belanda,
Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
Bolehkah tidak kembali lagi.

Hari gelap pasang pelita,
Pasang mari dalam kelambu;
Kita juga bercinta-cinta,
Orang benci kita tak tahu.

Hari hampir dinihari,
Kokok ayam ganti-berganti;
Aku duduk seorang diri,
Air mata gugur kanan kiri.

Hari Khamis rajangnya Rahu,
Ditiup angin luruh bunganya;
Adik seorang yang saya rindu,
Orang yang lain apa gunanya.

Hari minggu pergi ke panggung,
Dengar cerita anak dewa;
Hati rindu tidak tertanggung,
Kalau tidak mati menjadi gila.

Hari panas bulan puasa,
Jemur padi tengah halaman;
Dapat emas bantal suasa,
Tidak sama tidur di lengan.

Hari panas helang berbunyi,
Ayam mengeram dalam reban;
Tikar berkerawang bantal bersuji,
Hajat nak tidur berpangku lengan.

Hari panas tidak menjemur,
Saya biasa menjemur batu;
Hitam manis kenapa tak tidur,
Saya biasa tidur berpangku.

Hari petang memburu rusa,
Jumpa rusa makan jerami;
Tidak kupandang racun yang bisa,
Penawar ada di tangan kami.

Hari raya berbaju kurung,
Mari berkain batik lepas;
Kalau kamek dua macam burung,
Setiap hari datang mengabas.

Hari Rejab bulan Syaaban,
Rendam serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap rasa sebulan,
Rasa bercerai seribu tahun.

Hari Rejab bulan Syaaban,
Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
Tidakkah sehari rasa setahun?

Hari-hari tolak bertimba,
Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
Hajat hati guring sekelambu.

Hari-hari turun ke gua,
Sarat membawa buah-buahan;
Hari-hari mintakan doa,
Lekas bertemu mudah-mudahan.

Harilah ini hari minggu,
Tempat orang bersabung ayam;
Lama sudah kita menunggu,
Yang berat sekali tinggal senyum.

Hayun jamban tak pilih,
Hayun raga dimakan api;
Putih langsat hitam tak boleh,
Tulat tangkar berayun kaki.

Helang berlegar di lautan teduh,
Dari jauh tempat bermalam;
Kenapa sebentar kasih berlabuh,
Laksana siang berganti malam.

Helang menyambar burung udara,
Singgah menyambar gelugut batang;
Hilang budi lenyap bicara,
Kasih menjulung bencana datang.

Hempas-hempas jambatan pulih,
Ikat gagak dimakan api;
Hitam lepas putih tak boleh,
Buang tangga berhayun kaki.

Hendak berkain semalam ini,
Bila masa berkain lagi?
Hendak bermain semalam ini,
Bila masa bermain lagi?

Hendak berlengu boleh berlengu,
Hendak berlengu Padang Seberang;
Hendak bertemu boleh bertemu,
Hendak bertemu sesama seorang.

Hendak diminum di dalam kendi,
Kendi berada di dalam kaca;
Jangan dipujuk jangan dipuji,
Di dalam puji saya terkena.

Hendak diminum tidak terminum,
Minum sedikit di dalam cangkir;
Hendak senyum tidak tersenyum,
Senyum sedikit di hujung bibir.

Hendak diminum tidak terminum,
Minum sedikit di dalam gelas;
Hendak senyum tidak tersenyum,
Senyum sedikit tidak berbalas.

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan menimpa si ranting pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh.

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan menimpa si ranting pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan teringat orang yang jauh.

Hendak hujan hujanlah hari,
Biarlah saya berkajang kain;
Hendak buang buanglah sekali,
Biar saya mencari lain.

Hendak hujan hujanlah hari,
Biar saya bertudung kain;
Nak buang buang sekali,
Biar saya mencari lain.

Hendak ke laut tengokkan burung,
Buah kelapa di dalam puan;
Sudahlah laut sembilan gunung,
Saya tak lupa padamu tuan.

Hendak ke pulau mencari papan,
Papan ada tebing seberang;
Hendak bergurau hendak berkawan,
Kawan ada kekasih orang.

Hendak ke seberang seberang saja,
Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
Saya tidak mahu berdua tiga.

Hendak kuteguk air di ruang,
Langit mendung hujannya tidak;
Apa dirajuk kepada orang,
Entahkan kasih entahkan tidak.

Hendak makan pinang tiada,
Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
Baru kutahu hatiku hampa.

Hendak makan tidak berikan,
Lundu-lundu makan juga;
Hendak berjalan tiada berkawan,
Hati rindu ditahan juga.

Hendak mandi bersama mandi,
Mandi secedok sama sekawan;
Hendak mati bersama mati,
Hendak selorong sama sekapan.

Hendak mandi mari mandi,
Satu gayung kita berdua;
Hendak mati mari mati,
Satu kubur kita berdua.

Hendak mandi marilah mandi,
Satu sumur kita berdua;
Hendak mati marilah mati,
Satu kubur kita berdua.

Hendak membentang tali rawaiku,
Akan kumakan sembilan api;
Malas memakai kepandaianku,
Takut kucerai orang berlaki.

Hendak mengajar bahasa tidak,
Orang bersembang di batas padi;
Berpandang ada bertegur tidak,
Hanya mengharap di dalam hati.

Hendak menjala jala tersangkut,
Jala baru dikibar juga;
Hendak mencuba hatiku takut,
Hati takut dicuba juga.

Hendak menjala jalaku tersangkut,
Jala baru dikibar juga;
Hendak berjumpa hatiku takut,
Hati rindu ditahan juga.

Hendak merumput padi seberang,
Tidak merumput lalang berbunga;
Tidak kusebut hatiku sayang,
Kalau kusebut tidak guna.

Hendak tidur tidurlah Siti,
Mimpi menyorok celah batang;
Tidur tuan belah tepi,
Bulan menyorok saya datang.

Hidup api jerang belanga,
Hendak masak kepala kurau;
Abang pergi jangan lama,
Tiada kawan hendak bergurau.

Hendakkan padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi;
Hendak sudi katakan sudi,
Tidaklah saya ternanti-nanti.

Hendaklah minum tidak bergula,
Pahitlah pahit diminum juga;
Sudahlah hati bersama suka,
Baiklah baik diikut juga.

Hijau kuning bunga kenanga,
Dipatah dahan bagai nak runtuh;
Putih kuning bijaklaksana,
Itu memberi imanku jatuh.

Hijau-hijau air perigi,
Kaca remuk di dalam puan;
Tuan mengigau saya bermimpi,
Mimpi tak salah muka tuan.

Hijau-hijau daun keladi,
Mari makan di pagi hari;
Hendak dikesal tak guna lagi,
Cari lain sebagai ganti.

Hilanglah nila pembantu puan,
Sayang berempat buah pedada;
Adakah hilang kasihmu tuan?
Burung terbang dipipis lada.

Hilir Dayak mudik pun Dayak,
Sarat memuat pekasam ubi;
Jikalau tuan kurang percaya,
Belahlah dada tengok hati.

Hilir ke pekan membeli mangkuk,
Mangkuk pecah dibeli lain;
Gunung intan jangan merajuk,
Hatiku tidak pada yang lain.

Hilir ke pekan tak sampai sehari,
Singgah menyincang nangka muda;
Biarlah saya tak makan sehari,
Asalkan bersama denganmu adinda.

Hilir ke pekan tak sampai sehari,
Singgah menyincang nangka muda;
Kalau tuan tak makan sehari,
Sudah bertentang janda muda.

Hilir mudik batang berdahan,
Batang mengkudu pecah uratnya;
Haus lapar dapat kutahan,
Hati rindu apa ubatnya?

Hilir mudik ke bandar raja,
Raja ada di Pasir Panjang;
Cantik molek manakan ada,
Sedang elok pertimbangan abang.

Hilir rakit sungai sempit,
Anak raja turun menuba;
Hulur sirih jari dipicit,
Itulah tempat muda mencuba.

Hilir sehari mudik sehari,
Singgah menyincang nangka muda;
Tak minum sehari makan sehari,
Asalkan bertentang sesama muda.

Hinggap mari di hujung ciku,
Mari hinggap di ranting tua;
Hendak mati di hujung kuku,
Satu kubur kita berdua.

Hinggap mari di pohon duku,
Duku dekat pohon melati;
Cintaku puteri belahan jiwaku,
Hatiku terlekat sampai ke mati.

Hisap rokok tembakau Cina,
Terbit asap berbunga-bunga;
Wahai adik abang nak tanya,
Apakah penyakit tidur tak lena?

Hisap rokok tembakau Jawa,
Asap keluar berbunga-bunga;
Tumpang bertanya si baju kasa,
Tumpang bertanya siapa nama.

Hisap sigup tembakau cina,
Keluar asap berbunga-bunga;
Jangan marah abang bertanya,
Bunga di taman siapa punya?

Hitam-hitam si tampuk manggis,
Bunga kemuning gugur bunganya;
Hitam-hitam kupandang manis,
Putih kuning tiada gunanya.

Hitam-hitam si tampuk manggis,
Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
Putih kuning tinggal dahulu.

Hitam-hitam si tampuk manggis,
Sayang kemuning gugur bunganya;
Sungguh hitam dipandang manis,
Putih kuning apa gunanya.

Hitamlah hitam bergigi emas,
Duduklah dia pandai berlawa;
Sajalah hitam dipeluk kemas,
Seperti memeluk intan gemala.

Hujan di hulu hujan di hilir,
Hujan di Teming membawa rintik;
Pandang ke bahu pandang ke leher,
Pandang ke kening membawa cantik.

Hujan di hulu hujan di hilir,
Hujan turun rintik-rintik;
Pandang dagu pandang leher,
Pandang kening bertambah cantik.

Hujan lebat perigi penuh,
Kapal besar dari muara;
Kalau tak dapat si buntar penuh,
Biar kumati berbuang nyawa.

Hujan lebat sepagi hari,
Kerana persandingan pengantin muda;
Biarlah abang membawa diri,
Kerana adinda sudah berada.

Hujan mari pebadik tumbuh,
Tidak mencabut selasih dulang;
Kalau tidak berani sungguh,
Jangan merebut kekasih orang.

Hujan menderu di tengah hari,
Orang Cina berpayung kain;
Adik rindu setiap hari,
Rupanya abang mencari lain.

Hujan panas berderai-derai,
Derai mula dari hulu;
Di sini kita bercerai,
Di akhirat kita bertemu.

Hujan panas di bulan puasa,
Bunga kenanga kembang di taman;
Tilam emas bantal suasa,
Manakan sama berbantal lengan.

Hujan panas embun berderai,
Patah kemudi haluan perahu;
Hajat hati tak hendak bercerai,
Kuasa Allah siapa tahu.

Hujan panas pagi hari,
Ayam putih masuk reban;
Hilang emas boleh dicari,
Hilang kekasih guna teraban.

Hujan panas ribut berdengung,
Orang menjemur di tunggul mati;
Kasih sayang duduk termenung,
Apa masyghul dalam hati.

Hujan reda ribut berdengung,
Tanam pinang di kaki tangga;
Jangan dinda duduk termenung,
Sapu tangan mengganti kanda.

Hujan ribut mencuci kain,
Belum kering bertolak ke tanah;
Bila tuan sedang bermain,
Kamilah pula kena fitnah

Hujan ribut pasang pelita,
Sapu tangan berisi bunga;
Orang hidup jangan dicerita,
Lepas di tangan orang yang punya.

Hujung sirih berkedut-kedut,
Susun sampai di kedai Cina;
Kasih tuan membujuk-bujuk,
Kasih tidak kekal lama.

Hulur dayung tarik dayung,
Papat rumput sama ratanya;
Tuan pulang berkembang payung,
Kami tinggal galak rasanya.

Hutan batu bersimpul pulih,
Sama dengan hutan dusun;
Bagaimana hatiku hendak boleh,
Bubuhlah guna di dalam pantun.

Hutan lipur tempat bermalam,
Sungai Pahang airnya tenang;
Walaupun jauh rindu mengidam,
Tapi bimbang masuk meminang.

Hutan melarat dimakan api,
Pokok ditanam habis mati;
Intan manikam mahligai hati,
Kalau hilang payah berganti.

Share :

Facebook Twitter Google+ Lintasme

Related Post: